Wednesday, April 13, 2011

IMAN


Copy N paste . . . Spread the WORDS!!!

I     M     A     N

Firman Allah Ta’ala: ‘Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam’. (Surah 26 'Asy Syu'araa: Ayat 109)

Bab Keterangan Tentang Iman, Islam Dan Iksan. Wajib Beriman Kepada Ketentuan Allah Subha nahu wa Taala. Tanda-tanda Orang Yang Tidak Beriman Dengan Ketentuan Allah Dan Memesongkan Kebenaran. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu katanya:

Pada suatu hari, ketika Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda:

Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah,

Para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan,

Hari pertemuan denganNya,

Para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.

Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda:

Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain,

Mendirikan sembahyang yang telah difardukan,

Mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan

Berpuasa pada bulan Ramadan.

Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam bersabda:

Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.

Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam bersabda:

Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya.

Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya.

Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya.

Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat.

Hanya 5 perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ.

Rasulullah  SalAllahu Aleyhi was Sallam terus bersabda kepada sahabatnya:

Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril Alayhis Sallam Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka (5)



No comments:

Post a Comment