PENDAHULUAN
Bab
Ancaman Terhadap Perbuatan Mendustakan Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam.
Diriwayatkan
daripada Ali Radhiyallahu Anhu katanya:
Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam bersabda: Janganlah kamu cuba mendustakan aku
kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api
Neraka. (1)
Diriwayatkan
daripada Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu katanya:
Sesungguhnya
aku dilarang meriwayatkan Hadis kepadamu terlalu banyak kerana Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam bersabda:
Sesiapa yang sengaja mendustakan aku,
maka bersedialah untuk menerima azab api Neraka (2)
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu katanya:
Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam bersabda:
Sesiapa yang sengaja mendustakan aku,
maka bersedialah untuk menerima azab api Neraka (3)
Diriwayatkan
daripada Al Mughirah Radhiyallahu Anhu katanya:
Aku mendengar Rasulullah
SalAllahu Aleyhi was Sallam pernah bersabda: Sesungguhnya pendustaan
terhadapku adalah tidak sama dengan pendustaan yang dilakukan terhadap
seseorang kerana orang yang sengaja mendustakanku akan disediakan baginya azab
dari api Neraka (4)
No comments:
Post a Comment