Showing posts with label Sunnah. Show all posts
Showing posts with label Sunnah. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Ancaman Mendusta


PENDAHULUAN

Bab Ancaman Terhadap Perbuatan Mendustakan Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam.

Diriwayatkan daripada Ali Radhiyallahu Anhu katanya:

Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam bersabda: Janganlah kamu cuba mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api Neraka. (1) 

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu katanya:

Sesungguhnya aku dilarang meriwayatkan Hadis kepadamu terlalu banyak kerana Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam bersabda: 

Sesiapa yang sengaja mendustakan aku, maka bersedialah untuk menerima azab api Neraka (2)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu katanya:

Rasulullah SalAllahu Aleyhi was Sallam bersabda: 

Sesiapa yang sengaja mendustakan aku, maka bersedialah untuk menerima azab api Neraka (3)

Diriwayatkan daripada Al Mughirah Radhiyallahu Anhu katanya:

Aku mendengar Rasulullah  SalAllahu Aleyhi was Sallam pernah bersabda: Sesungguhnya pendustaan terhadapku adalah tidak sama dengan pendustaan yang dilakukan terhadap seseorang kerana orang yang sengaja mendustakanku akan disediakan baginya azab dari api Neraka (4)